Susulan Kemalangan pesawat Elmina

Pencarian mayat

Hanya satu mayat ditemui dalam keadaan sempurna di tapak kejadian.[10] Lima beg mengandungi cebisan-cebisan badan mangsa yang terbunuh juga diperoleh di kawasan kejadian.[11] Pengenalpastian mayat melibatkan 20 ke 30 ahli Kementerian Kesihatan yang juga memberi perkhidmatan kaunseling dan sokongan emosi terhadap ahli keluarga mangsa.[12]

Reaksi

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat tapak nahas beberapa jam selepas kejadian.[13]

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan amaran berkenaan dengan perkongsian sebarang video dan gambar mayat-mayat mangsa yang terkorban di tempat kejadian secara atas talian, dikhuatiri perbuatan tersebut akan menyinggung perasaan ahli-ahli keluarga mangsa dan melanggar etika-etika asas.[14] Kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.[15]

Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad berkata:[16]

Saya ikuti berita insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa semalam. Dilaporkan pesawat ini dalam perjalanan pulang dari Langkawi dan sudah hampir mendarat di Lapangan Terbang Subang.
Hasmah dan saya berasa amat sedih dengan tragedi malang ini. Kami mendoakan semoga roh kesemua mangsa yang terkorban ditempatkan bersama para solehin. Serta salam takziah kami kepada semua ahli keluarga mereka.

Rujukan

WikiPedia: Kemalangan pesawat Elmina https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/08/17/... https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/small-pl... https://m.malaysiakini.com/news/676068 https://www.nst.com.my/news/nation/2023/08/944279/... https://www.nst.com.my/news/nation/2023/08/944075/... https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2023/0... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/08/17... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/08/17...